Selami Season Baru AHSARAH di Garena® Delta Force! Alami Extraction Shooter AAA Mobile Operations bebas pay-to-win. Bentuk skuad 3 operator elit, lengkapi gear terbaik, dan taklukkan AI Mercenaries serta tim lawan. Loot, Fight, Extract untuk menjadi yang terbaik!
Operator, persiapkan diri untuk pengalaman operasi mudah alih AAA yang tiada tandingan! Selami dunia di mana setiap keputusan menentukan nasib anda. Dalam mod Operasi, satu peraturan penting wajib diingat: kumpul jarahan, bertempur habis-habisan, dan keluarlah pada masa yang tepat. Lengkapi diri anda dengan kelengkapan terbaik, bentuk pasukan tiga orang, dan hadapi ancaman daripada tentera upahan AI, Boss yang menggerunkan, serta pasukan pemain paling disegani. Ingat, tiada risiko, tiada ganjaran! Apa yang pasti, medan pertempuran ini bebas daripada 'bayar untuk menang' – mulakan perjuangan adil anda tanpa tekanan dengan Safe Box 3x3 percuma.
Pilih daripada lebih 10 Operator Elit dari serata dunia untuk membentuk skuad impian anda bersama rakan-rakan, dan jalani misi berisiko tinggi. Hadapi hujan peluru tanpa henti, kuasai setiap peralatan taktikal dan senjata, serta buktikan kepada dunia bahawa anda adalah yang terbaik. Dengan lebih 100 jenis senjata api, sistem penalaan canggih, dan ribuan pilihan penyesuaian, setiap pilihan anda akan membentuk prestasi dan gaya unik anda di medan perang. Rancang arsenal sempurna anda! Kawal kenderaan darat, laut, dan udara, sesuaikan setiap perincian untuk mendominasi pertempuran dengan gaya tersendiri.
Alami visual 120fps yang menakjubkan, grafik HD super jernih, dan pemandangan jarak jauh yang ultra-realistik yang dioptimumkan untuk prestasi puncak. Dengan pengoptiman berterusan, visual yang mengagumkan tetap dapat dinikmati walaupun pada tetapan rendah, menjanjikan pengalaman pertempuran yang mendalam di mana sahaja anda berada. Sinkronkan data kemajuan anda merentasi semua platform dan teruskan dominasi anda kapan pun, di mana pun. Demi mewujudkan persekitaran permainan yang sihat dan adil, perlindungan anti-penipu global di bawah naungan G.T.I. Security sentiasa aktif. Meneruskan warisan Delta Force, pasukan khusus ini didedikasikan untuk menegakkan peraturan pertempuran, memastikan medan perang yang adil untuk semua pemain.